Welcome to the sixteen world! I was once told that the sixteen are the best years to make an account of precious memories of life, dreams and love–doing so in the most vibrant manner possible.
: nabila ramly, 05 september, malaysian . + follow | Email | facebook | twitter | Friends:
syuk |
princess |
aina |
sprinkle
mintrose | mintrose | mintrose | mintrose mintrose | mintrose | mintrose | mintrose chitchat: recent update :
|
NUZUL AL QURAN..
written on Isnin, 6 Ogos 2012 @ 1:46 PG ✈
ASSALAMUALAIKUM...
hari ini. merupakan 17 Ramadhan yang mana ia merupakan hari di mana Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT seperti yang disebut sebagai Malam Qadar atau Lailatul Qadar. Jangan kita bahawa tibanya hari nuzul Al-Quran
bermakna kita akan mendapat cuti. Tetapi kita perlu memberikan
penghayatan disebalik peristiwa ini. Seperti yang kita maklum. al-Quran
diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus 30
juzuk dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah S.W.T :
“ Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar”.
Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:
“Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”
Bila berlakunya dan berapa lama Malam
Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah
pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya menyebut pada
10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.
Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari
Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan
dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf
tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf”
Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran:
” Bulan Ramadan yang diturunkan padanya
al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang
menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil”
Manusia yang hanya membaca semata-mata
dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti
seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya
dibaca setiap hari :” Makan tiga kali sehari” tetapi tidak dimakannya
maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.
Sama juga halnya apabila membaca al-Quran
tetapi tidak mengambilnya sebagai peduman maka Al-quran itu sendiri
yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w :
” Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya”.
Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.
Sebagai seorang muslim kita menjadikan
Al-quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara
yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada
Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan
diakhirat.
Firman Allah s.w.t:
“Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)”
Nabi berpesan: ” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya” 0 comment[s] | back to top |